
Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut - TGNA
Arahan tutup tu kerana apa? Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut – TGNA
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.
Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.
“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.
“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.
“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.
“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.
“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.
Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.
Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.
“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.
“Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.
“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.
Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.
“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ini satu lagi posting berkaitan dari M3M..

Suara Pro-UG dalam PAS adalah BONEKA UMNO
UG adalah ILHAM UMNO
Macam mana tak marah….??? Bukan ke telah diputuskan dalam Muktamar tahun lalu di Ipoh, yang hal muqabalah/muzakarah dan apa-apa yang ada kaiatan dengan rundingan untuk bergabung dengan UBN mesti ditamatkan dan tutup buku. Final….. full stop!!! Semua dah setuju…. nak kukuhkan Pakatan Rakyat!!!
Alih… alih…. tak semena-mena, benda tu dibangkitkan semula. Udah tahu, yang sukakan benda tu, hanya dua tiga kerat jer…. buat apa ler nak dilontar-lontar lagi idea, yang orang tak sudi nak terima. Lepas tu, nak memperkecil-kecilkan pulak pandangan dan nasihat Tok Guru. Weh…. dia dah banyak makan garam dan dah tahu benor lara UBN. Once bitten twice shy…. kata orang putih. Cukup ler, apa yang UBN dah buat pada PAS selama ini. Tak kan nak kena tipu sampai dua tiga kali….. Jangan jadi bodoh!!!
Bila orang semua dah bising…. dah marah….. dah menentang….. dah ngelabah…., komer kata STOP!!! ENOUGH!!!

Ngapa pulak suruh orang berhenti bercakap??? Oh….. bila rasa diri dah tersepit dengan isu yang dibangkit oleh komer sendiri…… nak suruh pulak, orang tutup mulut!!! Komer yang pandai-pandai bukak mulut, lepas tu…… bila mulut orang dah terbukak di sana sini, hingor-bingor….. komer nak suruh pulak orang tutup mulut. Isy…… mana mau nyer!!! Tambah pulak orang tengah marah…. Tak mau nyer…..!!!
Teman pun dah tak seronok hati apabila keadaan dah jadi begini. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut parti huru hara!!! Itu ler komer…. hati orang tua, kita kena jaga. Kalor demer dah kecik hati….. susah jadi nyer.
Benda ni tak boleh dibiarkan berlarutan….. kena buat sesuatu untuk menenangkan keadaan. Orang-orang PAS yang duduk hat di atas tu….. jangan diam jer. Muzakarah pulak antara komer, untuk cari jalan penyelesaian bagi meredakan segala kekeliruan dan kemarahan. Harapan teman, bior ler kemelut UG ni berakhir segera dan kiambang bertaut semula.




0 comments:
Post a Comment