duit raya

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, May 12, 2009

Daulat Tuanku, Mohon Jangan Lakukan Lagi Kesilapan Kedua!!

Bayangkan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, Speaker yang belum disahkan jawatannya, Datuk R.Ganesan memanggil sidang DUN Perak. Kemudian Zambry atau mana-mana ADUN BN membawa usul undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar. Lalu pengundian dijalankan. Akhirnya BN dengan undi 28+3 menewaskan PR yang mendapat 28 undi.

Jika ini berlaku sekali lagi huru-hara bakal melanda politik Perak. Ini kerana ADUN PR tidak akan mengiktiraf undi tidak percaya terhadap Nizar yang dibuat di hadapan Ganesan. Mereka pasti mempersoalkan perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang tidak sah mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, jawatan Speaker hanya boleh diganti jika beliau secara sukarela meletak jawatan atau meninggal dunia.

Malangnya Speaker sah DUN Perak, Sivakumar, tidak pernah meletak jawatan dan beliau juga masih hidup dan tidak pernah dikebumikan di mana-mana tanah perkuburan negara ini. Oleh itu perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah dan jika ada usul undi tidak percaya yang melibatkan Speaker bernama Ganesan ia juga adalah tidak sah.

Andainya senario tersebut berlaku, sekali lagi Perak bakal dilanda krisis, dari krisis perlantikan Menteri Besar membawa kepada krisis perlantkan Speaker pula.

Rakyat Perak pasti akan bertanya: sampai bila krisis politik Perak akan berakhir, lepas krisis perlantikan MB, krisis perlantikan Speaker pula!

Jawapannya mudah: krisis politik Perak hanya akan terungkai jika suara rakyat diiktiraf oleh kepimpinan kita – tidak kiralah kepimpinan politik atau kepimpinan monarki.

Khabarnya pagi ini DS Nizar akan mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN. Mungkin dalam masa yang sama Zambry juga akan mengadap Sultan memohon jangan membubarkan DUN. Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya petang tadi menyatakan Sultan Perak telah melakukan kesilapan apabila bersetuju menerima Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Harap baginda Sultan sedia mendengar suara rakyat yang mahu DUN dibubarkan. Harap baginda tidak melakukan kesilapan kedua yang boleh mengundang krisis politik Perak berpanjangan. Harap tiada lagi mahkamah yang menyatakan baginda Sultan telah membuat kesilapan kedua. Harap selepas ini nama baik baginda tidak lagi dicemari dalam mana-mana mahkamah!
http://pendikargunung.blogspot.com

Zambry berjaya tangguh keputusan mahkamah

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Harga petrol akan naik...

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter, tetapi kali ini kenaikan harga petrol akan dibuat secara cukup licik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.

Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan.

Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.

Ketika harga petrol mencecah dasar rendah kerajaan tak nak turunkan harga kononya kerana tidak mahu mengganggu pasaran tetapi dalam senyap harga minyak ingin dinaikkan pula.....

Monday, May 11, 2009

Allahu Akhbar!! Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH – Mahkamah

Nizar vs Zambry – Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! – Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.5opm) :

NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!! albanjari

Wednesday, May 6, 2009

AWAS !!!BAHAYA FLUORIDA

Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.

Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

AWAS !!!BAHAYA FLUORIDA

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.