duit raya

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, October 20, 2008

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j


Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib.. - ibnuzack

Wednesday, October 15, 2008

Sebenarnya Abdullah Tak Cakap Secara Ikhlas


Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.
SAYA MENYESAL KERANA ABDULLAH TERUS MAIN POLITIK…
Semalam Abdullah Badawi buat kenyataan, kononnya dia tak menyesal kerana melakasnakan pelan peralihan kuasa lebih awal daripada 2010. Baguslah tu. Tapi, saya amat menyesal kerana kenyataan itu penuh dengan kepura-puraan.
Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.
Kita semua tau, sampai saat-saat akhir pada 8 Oktober 2008, Abdullah tetap mau pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Orang-orangnya dah atur strategi hingga awal pagi. Sampaikan khidmat bomoh dan pawang pun dikaji semasak-masaknya.
Rakyat jelata pun ada yang tau apa yang terjadi di Sri Perdana pada malam 7 Oktober 2008. Mereka tau sapa yang hadir dan apa kecaman-kecaman mereka terhadap Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Mereka tau yang Abdullah mahukan Ali Rustam jadi regunya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ini kenyataan. Kalau tembok Sri Perdana boleh bercakap, tentu tembok tu akan confirmkan hal ini! Kalau tembok Sri Perdana boleh terus bercakap, pastinya banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini.
Jadi, betul ke Abdullah bersara secara sukarela? Betul ke dia berundur demi agama, bangsa dan negara? Atau, bukankah Abdullah sebenarnya membuat keputusan di saat-saat terakhir untuk berundur setelah Abdullah melihat sendiri apa yang telah dirakamkan oleh tembok Sri Perdana mengenai pelbagai gelagat, perilaku, kesongsangan Abdullah, keluarganya dan kroni-kroninya selama ini?
Bukankah Abdullah buat keputusan untuk bersara setelah dia menyaksikan sendiri pelbagai dokumen rahsia yang terkandung dalam satu penyimpan data yang dirakamkan oleh tembok Sri Perdana?
Inilah penyakit Abdullah selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang, baghal, bebal, tongong, dungu dan boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sebab tu sampai dah nak bersara pun dia masih nak bodohkan kita semua.
Jangan macam tu. Kalau dah buat keputusan nak bersara, pergilah cuti. Kenapa sekarang tak nak cuti? Kenapa empat tahun lalu asyik pergi cuti? Kenapa dulu hampir setiap bulan pergi keluar negara sampaikan waktu Johor dilanda banjir besar pun dia tergamak pergi cuti ke Australia untuk berfoya-foya atas kapal layar mewah dengan aktres terkenal dan lain-lainnya?
Satu lagi harapan rakyat Malaysia, tak payalah Abdullah buat apa-apa lagi kenyataan dasar mengenai kerajaan dan parti. Cukuplah. Berilah ruang pada Najib untuk bersiapsedia.
Apa nak tunggu lagi? Kalau boleh, berundurlah esok. Mana masuk akal kalau Abdullah kata dia nak jayakan misi dia dalam lima bulan? Empat tahun dulu apa yang dah dia lakukan? Flip-flop, dolak-dalik dan out-of-control?
Kepada orang-orang Abdullah, insaflah Abdullah bukan duduk di kerusi PM dan Presiden UMNO untuk jaga kepentingan perut dan tebolok anda. Abdullah diamanahkan duduk di kedua-dua kerusi tu demi kami semua – rakyat jelata!
Oleh itu, jangan nak main politik lagi. Tak payah buat ucapan berapi-api penuh retorika. Orang Abdullah yang mengendalikan media massa perdana, cukuplah dengan spin anda yang memualkan. Cukuplah, tak payah cari lagi rasional kenapa Abdullah mesti berundur. Kalau anda masih tak mau menerima hakikat dan kebenaran, insaflah Abdullah adalah PM dan Presiden UMNO yang sangat-sangat mencewakan rakyat jelata. Biarkanlah Abdullah pergi dengan sejarah dan ceritanya yang akan ditafsirkan oleh generasi mendatang mengikut kebijaksanaan mereka!



http://politica-net.blogspot.com