duit raya

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, September 13, 2008

PAS mesti berani terima cabaran

a
Assalamu alaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Semakin menghampiri 916,semakin kalut politik negara. Penangan DSAI terlalu kuat untuk ditahan oleh UMNO/BN. Hakikat ini diakui oleh Cik gu Pa dalam sidang medianya tempoh hari. Samaada jadi atau tidak pertukaran kerajaan pada 916, yang semakin terserlah ialah usia kerajaan UMNO/BN menghampiri ke penghujung usia. Kalau tidak 916pun, kerajaan mungkin tidak mampu bertahan lama lagi. Justeru, jemaah alternatif untuk menerajui negara ialah terkandung di dalam Pakatan Rakyat(PR).

Bersama sama PR adalah sebuah jemaah yang tegas untuk menjadikan Islam sebagai carahidup ia itu PAS. Namun PAS seolah berdepan dengan suasana panik seperti UMNO juga. Semacam ada ketakutan terhadap pengaruh DSAI dan PKR dan kemuncak kepada suasana panik ini diserlahkan oleh sidang media peribadi Cikgu Pa. Kenapa PAS perlu panik,kenapa PAS perlu kalut?


DSAI telah menawarkan sesuatu yang belum pernah ditawarkan oleh mana mana pemimpin politik negara.DSAI menawarkan dirinya untuk memimpin satu gerakan mengambil alih pemerintahan negara,satu yang sebelum ini hanyalah mimpi kosong bagi kebanyakan kita.

Sukar dilepaskan.itulah hakikat bagi kita semua.Amatlah rugi kalau kita tidak menerima tawaran DSAI ini kerana tidak akan ada pemimpin lain yang mampu membawa kita sampai ketahap ini.Cikgu Pa juga bukanlah pemimpin yang boleh menggerakkan rakyat seperti DSAI,oleh itu sokongan kepada DSAI bukanlah satu bentuk sokongan yang taksub seperti didakwa oleh setengah pihak.menyokong DSAI bukan bermakna berada dalam kumpulan Erdogan dan menyokong DSAI bukan juga bermakna kita menjadi anai anai yang ingin merosakan parti.

Kenapa masih ada di kalangan pemimpin PAS semacam tidak dapat memahami hakikat sokongan kita kepada DSAI?namakan seorang pemimpin lain yang boleh menawarkan pakej seperti ditawarkan oleh DSAI?Malah TGNA dan TGHH sendiripun tidak akan mampu melakukan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh DSAI untuk rakyat.

Oleh itu tidak perlu dengki dengan DSAI dan PKR.Tidak perlu sangsi dengan pakatan yang melibatkan DAP.Tetapi DAP dan PKR kelihatan menentang keujudkan negara Islam dan tidak bersungguh kearah itu.Lantaran bagi setengah pemimpin PAS serta pengikutnya juga, DAP,PKR dan DSAI mesti diragui.Tidak perlu menyokong penuh tetapi sekadar berpada pada.Sekali imbas macam betul sahaja pandangan ini tetapi dua kali imbas pandangan dan pegangan seperti in hanya bakal menggagalkan usaha menukar kerajaan dan sekaligus memberi peluang yang cukup luas kepada kerajaan sekarang untuk terus berkuasa.Itulah yang tersirat dalam sidang media Cik gu Pa tempoh hari,menguntungkan pihak kerajaan dan merugikan PR.

Sikap setengah pemimpin PAS dan sebahagian penyokongnya yang negatif terhadap usaha DSAI boleh difahami dengan komposisi MP yang bakal melompat(lebih suka guna istilah hijrah) memperlihatkan ramai yang bukan Islam sementara yang Islamnya pula bakal menjadi pembangkang melalui UMNO.Inilah nampaknya yang kurang disenangi oleh setengah pemimpin PAS dan sebahagian penyokongnya.Lantaran itu ada diberitakan setengah dari mereka berpaling kepada UMNO.Tindakan mereka boleh difahami demi kerana Islam.Percaturannya pula,bila berlaku hijrah nanti maka kedudukan PAS akan menjadi penting.PAS bakal menjadi penentu siapa akan membentuk kerajaan.

Begitu mudah percaturannya,tetapi agak malang kerana sikap ini adalah sikap mengkianati kawan dalam PR sementara kerjasama dengan UMNO pula adalah kerjasama yang tidak akan menjadikan Islam sebagai dominan di Negara kita.Untuk mengekalkan kerajaan pada komposisi majoriti orang Islam tidak bermakna menjadikan Islam sebagai teras pembangunan dan perundangan negara.Ini, kalau berlaku merupakan kesilapan besar PAS dan kesilapan yang mungkin pula melenyapkan PAS dari peta politik negara.Kerana itu pemimpin pemimpin yang kelihatan sedang menggunakan ketidakyakinan kepada usaha DSAI menukar kerajaan adalah dinasihatkan supaya menghentikan usaha mereka dan kembali bersama menyokong rakan rakan kita dalam PR.Cikgu Pa dan Dato' Harun Taib harus mempertimbangkan saranan ini dan terlebih baik sekiranya Cikgu Pa dengan suka rela menarik diri dari saf kepimpinan PAS.Mungkin Cikgu Pa sudah tidak releven lagi dalam arus perjuangan baru ini.

Ust Nasaruddin Tantawi ,mewakili golongan muda PAS juga perlu lebih banyak melihat cabaran semasa ini untuk melihat PAS benar benar sebuah jemaah yang mempertahankan ISLAM sebagai CARAHIDUP.Kita patut lebih positif dengan segala kemungkinan penukaran kerajaan.Kita mesti bersedia menerima seandainya komposisi kerajaan nanti memperlihatkan lebih ramai keanggotaannya dari kalangan orang bukan Islam.hakikatnya ,kita mesti mengakui bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita memungkinkan keadaan ini terjadi tetapi tidak sedikitpun menghalang tugas ,fungsi dan tangggungjawab PAS mempertahankan Islam.Malah cabaran PAS akan menjadi lebih besar di bawah kerajaan baru nanti.PAS perlu bersedia untuk perubahan ini dan perlu bersedia memikul tanggungjawab demi untuk Islam.Ahli dan penyokong PAS perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai persediaan menjadi duta kepada agama.

Ingat,apa jua yang berlaku PAS tidak harus berpaling kepada UMNO sebaliknya tegas kekal dengan PR dengan kesediaan untuk memikul tanggungjawab mempertahankan Islam.
"

by www.tranungkite.net

No comments: