TIADA PERUBAHAN DAN KEJUTAN pada 16.9.2008. Kerajaan Malaysia kekal dengan barisan nasional dan umno yang cukup bercelaru. Kita tutup bicara september 16. Tumpuan kita terarah pada nasib DS Anwar Ibrahim yang akan dibicara nanti. Seperti yang diwar-warkan dalam laman TKO yang terdahulu dan yang terakhir kata sinis Dato' Mustaffa Ali pengarah pilihanraya Pas pusat menjustifikasikan beberapa penulis dalam TKO mengenai tarikh tersebut.Suasana politik Malaysia dibawah perdana menteri DS Abdullah Badawi bagaikan kapal yang hanyut di lautan.
Tidak terarah dan keputusan selau disangkah oleh pemimpin umno dan barisan nsional. Sahingga ada suara -suara yang nakal agar tindakan perlu diambil terhadap TSR Muhyidin Yasin menteri kanan dan pemimpin kanan dalam umno.
Dalam kemelut yang dihadapi oleh barisan nasional dan umno, saranan perlu kepada kerajaan pakatan rakyat agar pentadbiran dan oarang yang ada kuasa perlu menjaga dan cermat dalam pentadbiran serta perlu fokus kepada rakyat yang miskin danrakyat yang tertindas dek kerakusan pemerintahan barisan nasional dalam negeri pakatan rakyat. Hindarlah kepentingan peribadi.
Dalam masa yang tak sampai lima tahun kerajaan pakatan rakyat memerintah akan jadi "benchmark" kepada politik dan rakyat yang menyokong pakatan rakyat. Walaupun trajedi16 September 2008 tinggal sejarah dan igauan politik dalam Maalysia, anggaplah perjalanan politi "BLUFF" yang direka cipta oleh penasihat umum PKR.
Komponen barisan nasional terlalu angkuh satu waktu dulu. Namun selepas PRU 12 yang lalu dan sehingga kini "badai telah menghempas pantai yang di miliki oleh umno dan barisan nasional. Komponen barisan nasional berani melawan ketua sahingga mengeluar kenyataan yang berbau ugutan kepada perdana menteri dan ketua barisan nasional.
Apa yang berlaku kepada komponen barisan nasional ialalah jawapan kepada pakatan rakyat agar berhati hati dalam membuat keputusan dan kenyataan terutama kepada wartawan arus perdana dan media tv. Rakyat dan penulis dalam lamam TKO jangan terlalu ikut rentak tari yang diolah oleh DSR Anwar Ibrahim.
Saya tertarik kepada penulis politik yang cukup terkenal dalam Malaysia walaupun mutu tulisan beliau pernah dipersoalkan mutunya. DSR Anwar Ibrahim bagaikan Dajjal suci. Saya btidak setuju ungkapan beliau. Walaupun saya tidak suka cara permainan politik DSR Anwar Ibrahim. (refer to www.shalattas.com).
Akhirnya senjata yang diambil oleh barisan nasional dan umno ialah "ISA" senjata terakhir untuk menyelamat kerajaan yang sedia ada. Dari sudut keselamatan baik dengan kaedah "ISA". Namun kesempatan yang sedia ada kerajaan barisan nasional dan umno tidak telus dalam tindakan malah bersifat "talam dua muka " bertindak pilih bulu" .
Sebagai penutup bicara tamat kisah alih pemerintahan atau tukar kerajaan yang diwar-warkan. Tumpuan sebenar pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Itulah medan perang sebenar pakatan rakyat dengan barisan nasional. Tapi tika itu dimana DSR Anwar Ibrahim?. Relevankah pakatan rakyat tika itu?. Atau rakyat ramai berpaling arah kepada bariasn nasional?.
Terpulanglah kepada parti dalam pakatan rakyat mengwarnainya.Dan hampir pasri barisan nasional khasnya umno akan mempertahankan kerajaan yang sedia ada dan akan mengambil alih semula negeri-negeri dalam pakatan rakyat. sekian.
"
www.tranungkite.net



No comments:
Post a Comment