duit raya

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, October 20, 2008

Eurocopter: BraziL Beli RM83j, Malaysia Beli RM193j


Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib.. - ibnuzack

Wednesday, October 15, 2008

Sebenarnya Abdullah Tak Cakap Secara Ikhlas


Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.
SAYA MENYESAL KERANA ABDULLAH TERUS MAIN POLITIK…
Semalam Abdullah Badawi buat kenyataan, kononnya dia tak menyesal kerana melakasnakan pelan peralihan kuasa lebih awal daripada 2010. Baguslah tu. Tapi, saya amat menyesal kerana kenyataan itu penuh dengan kepura-puraan.
Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.
Kita semua tau, sampai saat-saat akhir pada 8 Oktober 2008, Abdullah tetap mau pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Orang-orangnya dah atur strategi hingga awal pagi. Sampaikan khidmat bomoh dan pawang pun dikaji semasak-masaknya.
Rakyat jelata pun ada yang tau apa yang terjadi di Sri Perdana pada malam 7 Oktober 2008. Mereka tau sapa yang hadir dan apa kecaman-kecaman mereka terhadap Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Mereka tau yang Abdullah mahukan Ali Rustam jadi regunya sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ini kenyataan. Kalau tembok Sri Perdana boleh bercakap, tentu tembok tu akan confirmkan hal ini! Kalau tembok Sri Perdana boleh terus bercakap, pastinya banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini.
Jadi, betul ke Abdullah bersara secara sukarela? Betul ke dia berundur demi agama, bangsa dan negara? Atau, bukankah Abdullah sebenarnya membuat keputusan di saat-saat terakhir untuk berundur setelah Abdullah melihat sendiri apa yang telah dirakamkan oleh tembok Sri Perdana mengenai pelbagai gelagat, perilaku, kesongsangan Abdullah, keluarganya dan kroni-kroninya selama ini?
Bukankah Abdullah buat keputusan untuk bersara setelah dia menyaksikan sendiri pelbagai dokumen rahsia yang terkandung dalam satu penyimpan data yang dirakamkan oleh tembok Sri Perdana?
Inilah penyakit Abdullah selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang, baghal, bebal, tongong, dungu dan boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sebab tu sampai dah nak bersara pun dia masih nak bodohkan kita semua.
Jangan macam tu. Kalau dah buat keputusan nak bersara, pergilah cuti. Kenapa sekarang tak nak cuti? Kenapa empat tahun lalu asyik pergi cuti? Kenapa dulu hampir setiap bulan pergi keluar negara sampaikan waktu Johor dilanda banjir besar pun dia tergamak pergi cuti ke Australia untuk berfoya-foya atas kapal layar mewah dengan aktres terkenal dan lain-lainnya?
Satu lagi harapan rakyat Malaysia, tak payalah Abdullah buat apa-apa lagi kenyataan dasar mengenai kerajaan dan parti. Cukuplah. Berilah ruang pada Najib untuk bersiapsedia.
Apa nak tunggu lagi? Kalau boleh, berundurlah esok. Mana masuk akal kalau Abdullah kata dia nak jayakan misi dia dalam lima bulan? Empat tahun dulu apa yang dah dia lakukan? Flip-flop, dolak-dalik dan out-of-control?
Kepada orang-orang Abdullah, insaflah Abdullah bukan duduk di kerusi PM dan Presiden UMNO untuk jaga kepentingan perut dan tebolok anda. Abdullah diamanahkan duduk di kedua-dua kerusi tu demi kami semua – rakyat jelata!
Oleh itu, jangan nak main politik lagi. Tak payah buat ucapan berapi-api penuh retorika. Orang Abdullah yang mengendalikan media massa perdana, cukuplah dengan spin anda yang memualkan. Cukuplah, tak payah cari lagi rasional kenapa Abdullah mesti berundur. Kalau anda masih tak mau menerima hakikat dan kebenaran, insaflah Abdullah adalah PM dan Presiden UMNO yang sangat-sangat mencewakan rakyat jelata. Biarkanlah Abdullah pergi dengan sejarah dan ceritanya yang akan ditafsirkan oleh generasi mendatang mengikut kebijaksanaan mereka!



http://politica-net.blogspot.com

Friday, September 19, 2008

Saya takut bila Pak Lah kata “TIDAK dan TIADA”

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.

“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya. (sumber:malaysiakini.com)


Saya sememangnya takut dan gelisah apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada”. Ini kerana Pak Lah sering berbahasa sonsang dalam bahasanya. Seperti dalam petikan berita dari malaysiakini.com di atas, Pak Lah perdana menteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan “tidak dan tiada” apabila ditanya wartawan tentang pengunaan ISA terhadap Dato Seri Anwar. Ini kerana saya takut perkataan “tidak dan tiada” itu jika diterjemahkan dalam bahasa sebenar Pak Lah, bermaksud “Ya dan ada“. Ini yang saya bimbang dan risau jika Perdana Menteri saya sekarang ini akan mengenakan ISA terhadap bakal Perdana Menteri saya.

Kerisauan dan kebimbangan saya ini rasanya berasas kerana:

1. Pak Lah sewaktu mula menjawat jawatan perdana menteri, beliau berkata tidak akan ada rasuah dalam pertadbirannya nanti. Tetapi rasuah dilihat menjadi-jadi zaman pentadbirannya.
2. Pak Lah berkata tiada konkongan terhadap media dan mahu mengamalkan sikap terbuka. Namun Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya makin kuat dicucuk hidung mereka.
3. Pak Lah pernah berkata yang parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari 2008 bagi membolehkan PRU-12 dijalankan. Namun parlimen dibubarkan juga pada 13 Februari 2008.
4. Pak Lah berkata, tidak akan menaikkan harga minyak pada tahun ini sewaktu kempen pilihanraya. Namun harga minyak dinaikkan juga.
5. Pak Lah pernah berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan menggunakan isu tuduhan fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar sebagai modal kempen mereka di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos yang lalu. Namun isu itu yang menjadi modal dan isu utama kempen Umno dan Barisan Nasional di Permatang Pauh.
6. Hari ini Pak Lah berkata, tidak akan mengenakan ISA kepada Dato Seri Anwar, aaaarrrggggghhhhh tidakkkk apakah maksud “tidak” Pak Lah kali ini???????


Namun jika pembaca bersetuju dengan teori saya ini, mungkin kita juga boleh merasa sedikit gembira dengan perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah ini.

Ini kerana sejak akhir-akhir ini Pak Lah juga sering menyebut:

1. Tiada ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
2. Pakatan Rakyat tidak akan berjaya bentuk kerajaan persekutuan.
3. Dalam perbentangan bajet baru-baru ini, Pak Lah dengan sinis mengatakan “saya tidak akan membenarkan ganguan ini” yang merujuk kepada percubaan Pakatan Rakyat mahu menubuhkan kerajaan.

Saya harap dan doakan, agar perkataan “tidak dan tiada” Pak Lah kali ini juga membawa makna sonsang seperti yang diucapkannya sebelum ini.


Oleh: Suara Sakti (http://suarasaktii.wordpress.com/)

Wednesday, September 17, 2008

TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:

Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?

Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?

Laporan Bernama sepenuhnya mengenai tindakan Abdullah ini adalah seperti berikut:

PM SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN I KEPADA TPM

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta-merta.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/index.php

ABDULLAH AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN
PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=359654

PM UMUM TEMPOH PERALIHAN KUASA PADA 2010 KEKAL

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=359644

Berasaskan perkembangan di atas rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties.

Oleh itu, salahkah kalau kita tanya, adakah tindakan terbaru Abdullah ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap dirinya? Adakah tindakan ini juga akan menyumbang kepada usaha memantapkan politik Malaysia? – Ruhanie Ahmad

Tidak Kesampaian kah Agenda 16 Sept?.

Syabas DSAI khusus nya dan Pakatan Rakyat amnya. Walau pun sampai saat ini masih belum ada kapastian tentang Kerajaan Baru, tapi bagi aku DSAI tetap telah berjaya berdasarkan dari tindak balas kerajaan.

Untuk apa tiba-tiba Pak Lak memaksa Akujanji kepada MP BN ?, untuk apa hantar MP BN ke Taiwan ?, masa bulan puasa pulak tu dan mengapa Pak Lah kerap terbang ke Sabah & Serawak sejak DSAI memukul gendang 16 September. Sedangkan sebelum ini Pak Lah selalu dilihat lebih berminat terbang ke Australia dari tempat lain.

Peralihan Kerajaan bukan sesuatu yang mudah. Yang berkuasa mahu mempertahan kan kuasa nya dari dirampas oleh orang yang tak punya kuasa.

Pak Lah perlu mengakui bahawa majoriti mahu kan beliau turun. Masaalah nya pada siapa kuasa harus diberi sebelum beliau turun. Ada 2 kumpulan yang merebut kuasa dari beliau iaitu kumpulan Tun Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Kumpulan satu lagi ialah Pakatan Rakyat yang di ketuai DSAI. Pak Lah pasti turun, Insyaalah, tapi pada siapa harus diserahkan kuasa ?.Itu lah yang membuatkan Pak Lah pening.

Bagi aku, permainan belum tamat, bahkan baru saja bermula. Aku harap DSAI mesti berhati hati sebab sekarang adalah saat kritikal.


http://ahmadtarmizi.blogspot.com/
"

Saturday, September 13, 2008

916 : Himpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia

Tarikh : Isnin, 15 September 2008

Tempat : Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Masa : 7.00 Ptg

Antara Programnya adalah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Tarawikh berjemaah di lapangan Stadium tersebut dan sejurus itu ceramah dari Pemimipin Pakatan Rakyat.

Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Y.B Tuan Guru Dato’ Seri Haji Awang

Y.B Lim Kit Siang

Muktamat 16 September 2008 tiada perubahan

" TIADA PERUBAHAN DAN KEJUTAN pada 16.9.2008. Kerajaan Malaysia kekal dengan barisan nasional dan umno yang cukup bercelaru. Kita tutup bicara september 16. Tumpuan kita terarah pada nasib DS Anwar Ibrahim yang akan dibicara nanti. Seperti yang diwar-warkan dalam laman TKO yang terdahulu dan yang terakhir kata sinis Dato' Mustaffa Ali pengarah pilihanraya Pas pusat menjustifikasikan beberapa penulis dalam TKO mengenai tarikh tersebut.

Suasana politik Malaysia dibawah perdana menteri DS Abdullah Badawi bagaikan kapal yang hanyut di lautan.

Tidak terarah dan keputusan selau disangkah oleh pemimpin umno dan barisan nsional. Sahingga ada suara -suara yang nakal agar tindakan perlu diambil terhadap TSR Muhyidin Yasin menteri kanan dan pemimpin kanan dalam umno.

Dalam kemelut yang dihadapi oleh barisan nasional dan umno, saranan perlu kepada kerajaan pakatan rakyat agar pentadbiran dan oarang yang ada kuasa perlu menjaga dan cermat dalam pentadbiran serta perlu fokus kepada rakyat yang miskin danrakyat yang tertindas dek kerakusan pemerintahan barisan nasional dalam negeri pakatan rakyat. Hindarlah kepentingan peribadi.

Dalam masa yang tak sampai lima tahun kerajaan pakatan rakyat memerintah akan jadi "benchmark" kepada politik dan rakyat yang menyokong pakatan rakyat. Walaupun trajedi16 September 2008 tinggal sejarah dan igauan politik dalam Maalysia, anggaplah perjalanan politi "BLUFF" yang direka cipta oleh penasihat umum PKR.

Komponen barisan nasional terlalu angkuh satu waktu dulu. Namun selepas PRU 12 yang lalu dan sehingga kini "badai telah menghempas pantai yang di miliki oleh umno dan barisan nasional. Komponen barisan nasional berani melawan ketua sahingga mengeluar kenyataan yang berbau ugutan kepada perdana menteri dan ketua barisan nasional.

Apa yang berlaku kepada komponen barisan nasional ialalah jawapan kepada pakatan rakyat agar berhati hati dalam membuat keputusan dan kenyataan terutama kepada wartawan arus perdana dan media tv. Rakyat dan penulis dalam lamam TKO jangan terlalu ikut rentak tari yang diolah oleh DSR Anwar Ibrahim.

Saya tertarik kepada penulis politik yang cukup terkenal dalam Malaysia walaupun mutu tulisan beliau pernah dipersoalkan mutunya. DSR Anwar Ibrahim bagaikan Dajjal suci. Saya btidak setuju ungkapan beliau. Walaupun saya tidak suka cara permainan politik DSR Anwar Ibrahim. (refer to www.shalattas.com).

Akhirnya senjata yang diambil oleh barisan nasional dan umno ialah "ISA" senjata terakhir untuk menyelamat kerajaan yang sedia ada. Dari sudut keselamatan baik dengan kaedah "ISA". Namun kesempatan yang sedia ada kerajaan barisan nasional dan umno tidak telus dalam tindakan malah bersifat "talam dua muka " bertindak pilih bulu" .

Sebagai penutup bicara tamat kisah alih pemerintahan atau tukar kerajaan yang diwar-warkan. Tumpuan sebenar pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Itulah medan perang sebenar pakatan rakyat dengan barisan nasional. Tapi tika itu dimana DSR Anwar Ibrahim?. Relevankah pakatan rakyat tika itu?. Atau rakyat ramai berpaling arah kepada bariasn nasional?.

Terpulanglah kepada parti dalam pakatan rakyat mengwarnainya.Dan hampir pasri barisan nasional khasnya umno akan mempertahankan kerajaan yang sedia ada dan akan mengambil alih semula negeri-negeri dalam pakatan rakyat. sekian.
"

www.tranungkite.net

PAS mesti berani terima cabaran

a
Assalamu alaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Semakin menghampiri 916,semakin kalut politik negara. Penangan DSAI terlalu kuat untuk ditahan oleh UMNO/BN. Hakikat ini diakui oleh Cik gu Pa dalam sidang medianya tempoh hari. Samaada jadi atau tidak pertukaran kerajaan pada 916, yang semakin terserlah ialah usia kerajaan UMNO/BN menghampiri ke penghujung usia. Kalau tidak 916pun, kerajaan mungkin tidak mampu bertahan lama lagi. Justeru, jemaah alternatif untuk menerajui negara ialah terkandung di dalam Pakatan Rakyat(PR).

Bersama sama PR adalah sebuah jemaah yang tegas untuk menjadikan Islam sebagai carahidup ia itu PAS. Namun PAS seolah berdepan dengan suasana panik seperti UMNO juga. Semacam ada ketakutan terhadap pengaruh DSAI dan PKR dan kemuncak kepada suasana panik ini diserlahkan oleh sidang media peribadi Cikgu Pa. Kenapa PAS perlu panik,kenapa PAS perlu kalut?


DSAI telah menawarkan sesuatu yang belum pernah ditawarkan oleh mana mana pemimpin politik negara.DSAI menawarkan dirinya untuk memimpin satu gerakan mengambil alih pemerintahan negara,satu yang sebelum ini hanyalah mimpi kosong bagi kebanyakan kita.

Sukar dilepaskan.itulah hakikat bagi kita semua.Amatlah rugi kalau kita tidak menerima tawaran DSAI ini kerana tidak akan ada pemimpin lain yang mampu membawa kita sampai ketahap ini.Cikgu Pa juga bukanlah pemimpin yang boleh menggerakkan rakyat seperti DSAI,oleh itu sokongan kepada DSAI bukanlah satu bentuk sokongan yang taksub seperti didakwa oleh setengah pihak.menyokong DSAI bukan bermakna berada dalam kumpulan Erdogan dan menyokong DSAI bukan juga bermakna kita menjadi anai anai yang ingin merosakan parti.

Kenapa masih ada di kalangan pemimpin PAS semacam tidak dapat memahami hakikat sokongan kita kepada DSAI?namakan seorang pemimpin lain yang boleh menawarkan pakej seperti ditawarkan oleh DSAI?Malah TGNA dan TGHH sendiripun tidak akan mampu melakukan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh DSAI untuk rakyat.

Oleh itu tidak perlu dengki dengan DSAI dan PKR.Tidak perlu sangsi dengan pakatan yang melibatkan DAP.Tetapi DAP dan PKR kelihatan menentang keujudkan negara Islam dan tidak bersungguh kearah itu.Lantaran bagi setengah pemimpin PAS serta pengikutnya juga, DAP,PKR dan DSAI mesti diragui.Tidak perlu menyokong penuh tetapi sekadar berpada pada.Sekali imbas macam betul sahaja pandangan ini tetapi dua kali imbas pandangan dan pegangan seperti in hanya bakal menggagalkan usaha menukar kerajaan dan sekaligus memberi peluang yang cukup luas kepada kerajaan sekarang untuk terus berkuasa.Itulah yang tersirat dalam sidang media Cik gu Pa tempoh hari,menguntungkan pihak kerajaan dan merugikan PR.

Sikap setengah pemimpin PAS dan sebahagian penyokongnya yang negatif terhadap usaha DSAI boleh difahami dengan komposisi MP yang bakal melompat(lebih suka guna istilah hijrah) memperlihatkan ramai yang bukan Islam sementara yang Islamnya pula bakal menjadi pembangkang melalui UMNO.Inilah nampaknya yang kurang disenangi oleh setengah pemimpin PAS dan sebahagian penyokongnya.Lantaran itu ada diberitakan setengah dari mereka berpaling kepada UMNO.Tindakan mereka boleh difahami demi kerana Islam.Percaturannya pula,bila berlaku hijrah nanti maka kedudukan PAS akan menjadi penting.PAS bakal menjadi penentu siapa akan membentuk kerajaan.

Begitu mudah percaturannya,tetapi agak malang kerana sikap ini adalah sikap mengkianati kawan dalam PR sementara kerjasama dengan UMNO pula adalah kerjasama yang tidak akan menjadikan Islam sebagai dominan di Negara kita.Untuk mengekalkan kerajaan pada komposisi majoriti orang Islam tidak bermakna menjadikan Islam sebagai teras pembangunan dan perundangan negara.Ini, kalau berlaku merupakan kesilapan besar PAS dan kesilapan yang mungkin pula melenyapkan PAS dari peta politik negara.Kerana itu pemimpin pemimpin yang kelihatan sedang menggunakan ketidakyakinan kepada usaha DSAI menukar kerajaan adalah dinasihatkan supaya menghentikan usaha mereka dan kembali bersama menyokong rakan rakan kita dalam PR.Cikgu Pa dan Dato' Harun Taib harus mempertimbangkan saranan ini dan terlebih baik sekiranya Cikgu Pa dengan suka rela menarik diri dari saf kepimpinan PAS.Mungkin Cikgu Pa sudah tidak releven lagi dalam arus perjuangan baru ini.

Ust Nasaruddin Tantawi ,mewakili golongan muda PAS juga perlu lebih banyak melihat cabaran semasa ini untuk melihat PAS benar benar sebuah jemaah yang mempertahankan ISLAM sebagai CARAHIDUP.Kita patut lebih positif dengan segala kemungkinan penukaran kerajaan.Kita mesti bersedia menerima seandainya komposisi kerajaan nanti memperlihatkan lebih ramai keanggotaannya dari kalangan orang bukan Islam.hakikatnya ,kita mesti mengakui bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita memungkinkan keadaan ini terjadi tetapi tidak sedikitpun menghalang tugas ,fungsi dan tangggungjawab PAS mempertahankan Islam.Malah cabaran PAS akan menjadi lebih besar di bawah kerajaan baru nanti.PAS perlu bersedia untuk perubahan ini dan perlu bersedia memikul tanggungjawab demi untuk Islam.Ahli dan penyokong PAS perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi sebagai persediaan menjadi duta kepada agama.

Ingat,apa jua yang berlaku PAS tidak harus berpaling kepada UMNO sebaliknya tegas kekal dengan PR dengan kesediaan untuk memikul tanggungjawab mempertahankan Islam.
"

by www.tranungkite.net